99 Nama Allah

Demi Masa

Sunday, March 21, 2010

KES CERAI SULTAN

rujukan:

1)http://www.sinarharian.com.my/com/content/story7116337.asp

Sultan Kelantan mampu lafaz cerai

KOTA BHARU - Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra Sultan Yahya Petra dipercayai mampu melafazkan cerai terhadap isteri keduanya, Cik Puan Elia Suhana Ahmad berdasarkan laporan yang dikeluarkan doktor pakar dari Hospital Mounth Elizabeth, Singapura. Peguam Syarie, Zainul Rijal Abu Bakar menyatakan demikian ketika prosiding perbicaraan kes pengesahan lafaz cerai yang difailkan wanita warga emas, Nik Rorhana Wan Abdul Rahman di hadapan Hakim Abdullah Man di Mahkamah Tinggi Kota Bharu, semalam. Zainul Rijal berkata, berdasarkan permohonan yang difailkan anak guamnya Nik Rorhana selaku plaintif dalam kes tersebut, Sultan Ismail Petra dipercayai melafazkan cerai talak tiga terhadap isteri keduanya pada 20 Februari lalu. :“Merujuk kepada surat yang dihantar kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Yahya Petra bertarikh 1 Februari lalu, satu perenggan daripada surat tersebut berbunyi “:His Royal Highness (HRH), Sultan Of Kelantan, Sultan Ismail Petra is currently capable of making his own decisions:”. :“Surat tersebut jelas menunjukkan Sultan Kelantan mampu buat keputusannya sendiri seperti yang disahkan tiga doktor pakar dari Hospital Mounth Elizabeth, Singapura,” katanya.: Terdahulu semasa prosiding perbicaraan kes tersebut, peguam Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili defendan (Cik Puan Elia Suhana) membuat permohonan memohon mahkamah membatalkan writ saman difailkan plaintif. Menurutnya, permohonan itu dibuat atas alasan Nik Rorhana, 60, bukanlah suami kepada defendan sebaliknya pihak ketiga. “Selain itu, pihak kami juga telah memfailkan satu permohonan secara interlokutari (permohonan dalam permohonan) iaitu memohon supaya satu pemeriksaan kesihatan dibuat terhadap Sultan Ismail Petra. “Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, Tuanku dilaporkan berada dalam keadaan gering, bagaimanakah lafaz cerai itu boleh dilakukan dalam keadaan demikian,” katanya. Zainul Rijal seterusnya berhujah memohon mahkamah merekodkan kenyataan yang dinyatakan peguam defendan iaitu pihaknya dalam proses memfailkan wakalah dan masih lagi tidak menyerahkan saman interlokutari berkenaan. Berhubung alasan yang dinyatakan peguam defendan kenapa pihak ketiga yang memfailkan permohonan pengesahan cerai itu, Zainul Rijal berkata, pihaknya akan menghujahkannya mengikut undang-undang dan hukum syarak dalam perbicaraan seterusnya nanti. “Menurut permohonan yang difailkan anak guam saya, lafaz cerai yang dibuat Sultan Ismail Petra terhadap Cik Puan Elia Suhana bertarikh 12 Februari lalu, kalau nak buat pemeriksaan kesihatan terhadap Tuanku sepatutnya dibuat pada tarikh tersebut. Abdullah kemudiannya menetapkan 4 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes berkenaan dan bersetuju kes tersebut di dengar secara bersama dengan tuntutan defendan yang meminta Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid akur terhadap keputusan mahkamah yang membenarkannya melawat suaminya.

2)http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0310&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm

ARKIB : 10/03/2010

Sultan Kelantan fail permohonan sahkan cerai talak tiga terhadap isteri kedua

KOTA BHARU 9 Mac - Seorang peguam syarie, Zainul Rijal Abu Bakar telah memfailkan permohonan pengesahan cerai talak tiga terhadap isteri kedua Sultan Kelantan, Che Puan Elia Suhana Ahmad, di Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini.
Dalam satu kenyataan kepada Bernama, Zainul berkata beliau telah dititahkan oleh Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Tuanku Yahya Petra supaya memfailkan permohonan pengesahan cerai antara Tuanku dan Che Puan Elia Suhana. "Kami telah dititahkan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra Almarhum Sultan Yahya Petra, Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri Kelantan Darul Naim supaya memfailkan permohonan pengesahan cerai di antara Tuanku dan Elia Suhana Ahmad.
"Pada hari ini kami telah memfailkan suatu permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu untuk pengesahan cerai talak tiga yang dilafazkan sendiri oleh baginda Tuanku terhadap Elia Suhana Ahmad pada 12 Februari 2010 di hadapan beberapa orang saksi dan mahkamah telah mendaftarkan permohonan tersebut serta menetapkan hari Ahad, 21 Mac ini pukul 9 pagi bagi mendengar permohonan tersebut," katanya.
Zainul dan rakannya, Abdul Halim Bahari, merupakan peguam yang mewakili Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid bagi kes penyerahan saman kes induk hak lawatan bertarikh 4 Februari lepas, yang dipohon oleh Che Puan Elia Suhana dan perintah tunjuk sebab ex-parte perintah hak lawatan pada 21 Februari lepas.
Dua hari lepas, Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid mengemukakan bantahan di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu terhadap arahan tunjuk sebab kerana ingkar perintah mahkamah membenarkan hak melawat baginda yang dikeluarkan kepada Elia Suhana.
Pada 4 Februari lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu membenarkan Elia Suhana, 31, melawat Sultan Kelantan yang ketika itu menerima rawatan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura bagi setiap Sabtu sehingga pagi Isnin setiap minggu.
Bagaimanapun Elia Suhana berkata beliau dihalang daripada bertemu suaminya dan pada 21 Februari lalu mahkamah telah mengarahkan Raja Perempuan Kelantan bersama dua pengawal peribadinya hadir untuk tunjuk sebab.
Mahkamah menetapkan 4 April sebagai tarikh sebutan semula kes berkenaan.
Pada 4 Mac lalu, Sultan Kelantan telah berangkat pulang ke Kelantan setelah hampir 10 bulan dirawat di Hospital Mount Elizabeth, Singapura. - BERNAMA

3)http://www.malaysiakini.com/news/126273

Kes cerai talak tiga bukan difailkan Sultan Kelantan

Mac 11, 10 4:19pm
Mahkamah Tinggi Rayuan Syariah Kelantan, hari ini mengesahkan bahawa kes perceraian talak tiga Sultan Kelantan terhadap isteri keduanya, Che Puan Elia Suhana Ahmad, bukan difailkan sendiri oleh baginda.Ketua Pendaftarnya, Abu Bakar Abdullah Kutty berkata kes itu difailkan oleh seorang wanita, Nik Rorhana Wan Abdul Rahman, 60, yang bertindak sebagai plaintif.Katanya dari segi prosedur, pendaftaran itu sah dan pihak pendaftar mahkamah boleh menerima permohonan memfailkan kes perceraian itu tanpa mengira siapakah individu berkenaan. "Soal keputusan sama ada perceraian itu sah atau tidak mengikut undang-undang Islam, bergantung kepada keputusan Mahkamah yang akan mendengar kes berkenaan. "Saya hanya boleh mengesahkan menerima permohonan untuk mendaftar kes penceraian antara Sultan Kelantan dengan isteri keduanya, Che Puan Elia... berdasarkan dokumen dan fail yang ada pada saya... itu saja," katanya kepada pemberita, di Kota Bharu, hari ini, lapor Bernama.Abu Bakar bagaimanapun enggan menjelaskan siapakah Nik Rorhana serta pertalian hubungan dengan Sultan Kelantan bagi membolehkan beliau bertindak memfailkan permohonan cerai itu. Beliau diminta mengulas mengenai status kes tuntutan perceraian talak tiga yang didakwa difailkan oleh Sultan Kelantan di Mahkamah Tinggi Syariah, Selasa lalu.Dua hari lalu, peguam syarie Zainul Rijal Abu Bakar mengeluarkan kenyataan media mengesahkan pihaknya telah memfailkan permohonan pengesahan cerai talak tiga terhadap isteri kedua Sultan Kelantan, Elia Suhana di Mahkamah Tinggi Syariah Kelantan.Dalam kenyataan itu Zainul Rijal berkata mereka telah dititahkan oleh Tuanku Ismail Petra supaya memfailkan permohonan pengesahan cerai berkenaan antara Tuanku dan Elia Suhana.Zainul Rijal dalam kenyataan itu berkata baginda tuanku telah melafazkan sendiri cerai talak tiga tersebut terhadap Elia Suhana pada 12 Februari 2010 di hadapan beberapa saksi dan mahkamah menetapkan 21 Mac ini bagi mendengar permohonan berkenaan.Abu Bakar berkata Nik Rorhana, dari Taman Petranis, Jalan Sultanah Zainab II, Kota Baharu, bertindak selaku plaintif manakala Elia Suhana dinamakan defendan."Tuanku bukan sebagai pihak yang mendakwa, tidak sebagaimana yang laporkan dalam media sebelum ini."Dari prosedur, kita boleh terima pendaftaran ini, sekiranya ada dalam peruntukan dan tidak dihalang oleh Perlembagaan," katanya.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan bahawa Elia Suhana, 31, musykil dengan kesahihan lafaz cerai yang difailkan oleh peguam suaminya semalam kerana beliau mendakwa pada ketika itu Tuanku Ismail Petra sedang gering.Utusan memetik peguam Elia Suhana - Fakhrul Azman Abu Hasan - sebagai berkata, perkara tersebut disampaikan oleh anak guamnya itu selepas permohonan pengesahan lafaz cerai Sultan dilaporkan secara meluas oleh media semalam.Katanya, beliau telah memberitahu anak guamnya mengenai permohonan itu selepas membaca laporan akhbar.




No comments:

Post a Comment