99 Nama Allah

Demi Masa

Sunday, October 24, 2010

apakah rahsia di sebalik semua ini???

assalamualaikum wbt...

agak lama jgk kami tidak meng"update" blog ini.. disebabkan kesuntukan masa dan kami masing-masing sibuk menyiapkan tugasan yang diamanahkan kepada kami sebagai pelajar Islam yang masih menuntut ilmu.. post kali ini sekadar mengajak para pembaca merenung kejadian yang berlaku di negara kita semenjak kebelakangan ini..

Pertama... Kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik.. Datuk Sosilawati Lawiya dan rakan-rakannya.. Pelbagai spekulasi dibuat oleh pelbagai lapisan masyarakat berkenaan kes ini.. sehingga ke hari ini, kes tersebut masih belum selesai mungkin disebabkan pelbagai faktor.. pembaca boleh merujuk :











kedua.. tragedi kemalangan ngeri 10 10 2010.. sesungguhnya.. apa ada pada nombor??.. Ketika sebahagian daripada kita mengagung-agungkan nombor yang cantik untuk dijadikan tarikh perkahwinan, pertunangan, dan lain-lain lagi.. Tanpa disedari, ada tragedi yang berlaku pada tarikh keramat tersebut.. Kemalangan yang berlaku tanpa diduga cukup menggemparkan seluruh rakyat Malaysia.. buat seketika, ia menenggelamkan kes pembunuhan kejam sosilawati.. antara versi berita tersebut :







kedua-dua berita ini sangat popular dan sangat hangat diperkatakan.. apa yang boleh kami simpulkan.. mungkin ini sebenarnya balasan Allah atau pun mungkin juga pengajaran buat kita yang masih hidup.. Apabila Allah menginginkan berlakunya sesuatu kejadian, dengan hanya sekelip mata sahaja ia boleh berlaku.. sama-samalah kita mengambil iktibar daripada setiap kejadian..rahsia di sebalik semua ini??hanya Allah sahaja yang tahu.. Wallahua'lam..