99 Nama Allah

Demi Masa

Wednesday, April 7, 2010

TOKOH ISLAM PILIHAN


assalamualaikum wbt..
tokoh pertama yang kami pilih untuk menghiasi blog kami pada bulan ini ialah Sheikh Mohamad Sayed Tantawi..

pada pagi 11 mac yang lalu, seluruh dunia Islam dikejutkan dengan sebuah berita yg sangat menyedihkan..kita kehilangan seorang tokoh Islam yang sangat dsegani..

petikan akhbar:


Pengetua Universiti Al-Azhar meninggal kena serangan jantung

2010/03/11

KAHERAH: Pengetua Universiti Al-Azhar, Sheikh Mohamed Sayed Tantawi dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung ketika dalam lawatan ke Arab Saudi. Beliau berusia 81 tahun.

Penasihat beliau, Abdullah el-Naggar memberitahu televisyen Mesir, Nile News bahawa kematian berkenaan sesuatu yang mengejutkan sambil menyifatkan beliau kelihatan sihat ketika meninggalkan negara itu ke Arab Saudi.

Seorang ahli pegawai di pejabat Tantawi, Ashraf Hassan memberitahu, timbalan Tantawi, Mohamed Wasel akan memangku sementara jawatan pengetua sehingga presiden Mesir melantik seorang ketua baru.

Al-Azhar, yang mengendalikan sekolah, universiti dan institusi pendidikan lain di seluruh Mesir menerima hampir keseluruhan dana dari kerajaan.

Ketika dilantik pada 1996, Tantawi disifatkan sebagai mempunyai pandangan liberal terhadap isu termasuk membabitkan hak wanita tetapi dikritik kerana sentiasa mematuhi kerajaan.

Di pejabat, beliau menentang amalan berkhatan di kalangan wanita yang disifatkan sebagai bukan satu amalan dalam Islam dan berpendirian tegas menentang niqab yang menutup seluruh muka wanita.

Tahun lalu, beliau mengeluarkan larangan niqab di sekolah perempuan di bawah Al-Azhar.
Pihak berkuasa Arab Saudi berkata, Tantawi akan dikebumikan di perkuburan Baqee di Madinah berhampiran dengan makam Nabi Muhammad.

Tantawi yang dilantik oleh Presiden Hosni Mubarak pada Mac 1996, mempunyai pengaruh besar terutama di Mesir walaupun beliau tidak menjalankan tugas menguatkuasa undang-undang.

Pada Januari 2000 ketika perdebatan umum terhadap peraturan yang memudahkan prosedur perceraian bagi wanita di Mesir, Tantawi mengatakan tiada dalam Islam yang melarang wanita daripada menerima perceraian dengan mudah.

Tantawi juga turut menerima banyak kritikan termasuk pertemuan beliau dengan Ketua Pendeta Israel, Yisrael Lau pada 1997 bertujuan untuk mengembalikan hubungan dengan Israel yang ditentang kebanyakan penduduk Mesir walaupun kerajaan mempunyai perjanjian damai dengan Israel pada 1979.

Pada 2008, beliau menerima tekanan daripada ahli politik dan akhbar untuk meletak jawatan berikutan tindakannya berjabat tangan dengan Presiden Israel, Shimon Peres ketika satu persidangan antara agama di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Tantawi turut menyokong proses damai dengan Israel walaupun beliau turut mengutuk serangan radikal Islam terhadap negara Yahudi itu. Pada Mac 1997, beliau menggesa perang suci untuk mengembalikan semula Baitulmaqdis. - AP/Reuters

riwayat hidup:

Syeikh Mohamed Sayed Tantawi ((bahasa Arab: محمد سيد طنطاوى‎), lahir 28 Oktober 1928 - 10 Mac 2010) adalah Imam Besar Masjid al-Azhar serta Sheikh Universiti al-Azhar. Beliau sering dikatakan sebagai pemimpin rohani kepada lebih sebilion orang penganut Islam Sunah

Pendidikan

1944 belajar di Institut Agama Iskandariah, Mesir. 1968 menjadi pensyarah di fakulti Ausol aideen. 1972 bertugas di Fakulti Bahasa Arab dan Pengajian Islam di Universiti Islam Libya. 1980 pindah ke Universiti Islam Madinah, Arab Saudi. 1985 kembali ke Mesir dan menjadi dekan Ausol Aideen di Institut Agama Iskandariah.

Mufti Besar

Pada 28 Oktober 1986, Tantawi dilantik menjadi Mufti Besar Mesir pada usia 58 tahun. Beliau menjadi mufti besar selama 10 tahun, sehingga 1996. Kemudian menjadi Imam besar Masjid al-Azhar. Kemudian menjadi Syeikh besar Universiti al-Azhar Mesir selepas dilantik Presiden Mesir, Hosni Mubarak pada 27 Mac 1996. Al Azhar adalah institusi penting aliran Sunni Muslim.


Karya

Tantawi menyiapkan 7000 halaman tafsiran al-Quran (Al-quran al-waset) dalam masa 10 tahun. Beliau juga menulis buku Bano Israel (Bani Israel) dan Muamlat Al-bank (Urusan Bank).

Pada 2004, beliau mengetuai solat jenazah ketika pemakaman Yasser Arafat. Beliau menganggap Yasser Arafat sebagai pemnbela Palestin yang berani dan jujur.


Pandangan dan fatwa

  • Ketika timbul larangan jilbab di Perancis, fatwa beliau ialah gadis dibenarkan melepaskan jilbab ketika pergi ke sekolah atas prinsip kemungkaran yang lebih kecil.
  • Perempuan yang hamil akibat doperkosa dibenarkan menggugurkan kandungan sebelum 120 hari. Mufti Ali Gomaa membantah fawa Tantawi itu. Hanya sebelum 120 hari dibenarkan kandungan digugurkan.
  • 1997, Tantawi menentang amalan bayi wanita disunat.
  • Tantawi mengutuk bom bunuh diri terhadap Israel.Sebaliknya Yusuf al-Qaradawi membenarkan serangan bunuh diri terhadap Israel. Ektremisme adalah musuh Islam tetapi Jihad dibenarkan untuk membela tanah dan membantu yang tertindas. Jihad dan ektremisme amat berbeza, bagai bumi dengan langit.
  • Tantawi menentang wanita menjadi imam Solat Jumaat.
  • Tantawi melarang wanita mngambil sperma daripada suami mati.
  • Tantawi menyatakan seruan jihad Osama bin Laden tidak sah dan tidak wajib dipatuhi. Membunuh orang awam tak berdosa amat tidak wajar.


Meninggal dunia

Pada 10 Mac 2010, Muhammad Tantawi meninggal dunia di Riyadh, Arab Saudi selepas mengalami serangan sakit jantung di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid. Beliau meninggal dunia pada usia 81 tahun.


petikan :


Syeikh Mohamed Sayed Tantawi meninggal dunia
Abdul Rahim Sabri
Mac 10, 10
6:53pm

Syeikh Al-Azhar, Syeikh Mohamed Sayed Tantawi meninggal dunia semasa melakukan lawatan ke Arab Saudi hari ini.

Tantawi, 82, meninggal dunia di Riyadh - ibu negara Arab Saudi - selepas mengalami serangan sakit jantung, lapor agensi berita Al-Jazeera.

Tantawi banyak memberi sumbangan kepada dunia intelektual Islam dengan menghasilkan buku-buku agama, termasuk 15 jilid kitab tafsir al-Quran.

Tantawi dilahirkan pada tahun 1928. Beliau dilantik menjadi Sheikh Al-Azhar sejak 1996 di Universiti Al-Azhar - pusat pengajian sunah yang tersohor di dunia Islam.

Kematian ulama yang disegani itu sudah pasti meninggalkan kesan yang cukup mendalam kepada masyarakat Islam dan antarabangsa.

Sementara itu, agensi berita
AFP melaporkan, anaknya, Amr Tantawi, berkata kematian bapanya merupakan satu kejutan yang tidak dapat digambarkan.

"Ahli keluarga allahyarham sudah membuat keputusan, Allah sudah memilihnya meninggal dunia di tanah Saudi, maka beliau akan dikebumikan di tanah perkuburan Al-Baqie, di Madinah, tanah suci kedua umat Islam," katanya.


petikan :

http://al-ahkam.net/home/index.php?option=com_content&view=article&id=5338:akhlak-ulama-qaradawi-hafizahullah-dan-tantawi-rahimahullah&catid=53:sejarah-a-tokoh

Akhlak Ulama - Qaradawi - hafizahullah - dan Tantawi - rahimahullah

Written by alitantawi
Wednesday, 17 March 2010 21:35
Seluruh dunia Islam dirundung muram dengan pelbagai berita kesedihan yang menjadi ujian dari Allah SWT dari masa ke semasa. Di antaranya ialah yang terkini - pemergian Syaikhul Azhar dan bekas Mufti Negara Mesir - Syeikh Muhammad Sayyid al-Tantawi rahimahullah. Di antara ulama Islam terkemuka yang meluangkan masa untuk berbicara tentang pemergian Syeikh Tantawi ialah ulama tersohor, Dr. Yusuf al-Qaradawi.
Setelah membaca tulisan yang dimuatkan di laman web rasmi Dr. Al-Qaradawi iaitu qaradawi.net, saya amat terkesan dengan sikap beliau terhadap Syeikh Tantawi yang beliau sifatkan sebagai kawan dan saudaranya sendiri. Qaradawi menyorot kembali perkenalannya dengan Tantawi ketika mereka bertemu satu masa dahulu. Ketika itu Qaradawi merupakan presiden persatuan pelajar di al-Azhar, manakala Tantawi masih di peringkat maahad dan belum lagi memasuki al-Azhar. Pada waktu itu Qaradawi telah menyampaikan khutbah yang didengari antaranya oleh Tantawi sendiri.

Mereka saling ziarah menziarahi sejak berkenalan dan ketika Qaradawi dipenjarakan pada tahun 1962, Tantawi dan isterinya menawarkan bantuan untuk keluarga beliau sebagai petanda persahabatan yang akrab. Sewaktu Tantawi menyiapkan tesis phd beliau, Qaradawi merupakan sahabat yang sering memberikan tunjuk ajar dan panduan. Semasa Qaradawi menjadi dekan fakulti Syariah Universiti Qatar, beliau pernah menjemput Tantawi untuk menjadi pensyarah tamu selama beberapa tahun. Tidak lama selepas itu, Tantawi dilantik menjadi mufti Mesir.

Maka sejak itu, hubungan mereka agak terganggu dengan beberapa fatwa yang dikeluarkan di bawah seliaan Tantawi yang mana tidak dipersetujui oleh Qaradawi. Selepas Tantawi dilantik menjadi Syaikhul Azhar, hubungan mereka kembali baik. Setiap kali bertemu, Tantawi pasti akan mendahulukan dan menghormati Qaradawi yang dianggap beliau sebagai gurunya dan juga abangnya kerana perbezaan umur. Walaupun mereka berbeza dalam beberapa pandangan dan fatwa, namun itu tidak menghalang mereka untuk saling menghormati dan mengasihi.

Ingin saya memetik sebahagian kata-kata Qaradawi dalam tulisannya:
"Hari ini maut memisahkan antara kami berdua. Maut yang memisahkan antara seorang saudara dengan saudaranya, antara anak dan ayahnya, antara sahabat dan sahabatnya. Sebagaimana maut juga memisahkan antara yang bertelagah, satu dengan yang lain. Dan Allah akan menghimpunkan antara kami pada hari yang tidak ada keraguan padanya, hari dihitung segala yang tersembunyi, dan Dia akan memutuskan antara kami dengan benar, dan Dialah sebaik-baik hakim...."

Semoga kita belajar daripada akhlak ulama...walaupun kita tidak mencapai tahap mereka, namun cubalah untuk mencontohi mereka.

petikan :
http://www.themalaysianinsider.com/index.php/bahasa/55897-sheikh-al-azhar-tantawi-meninggal-dunia

Sheikh Al-Azhar Tantawi meninggal dunia

KUALA LUMPUR, 10 Mac — Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyampaikan ucapan takziah di atas pulangnya ke rahmatullah Syeikh Al-Azhar Syeikh Dr Mohamed Sayed Tantawi akibat serangan jantung semasa melakukan lawatan ke Arab Saudi hari ini.

Laporan agensi berita Al-Jazeera melaporkan Tantawi, 82, meninggal dunia di Riyadh, ibu negara Arab Saudi selepas mengalami serangan sakit jantung.

Tantawi banyak memberi sumbangan kepada dunia intelektual Islam dengan menghasilkan buku-buku agama, termasuk 15 jilid kitab tafsir al-Quran.

Beliau dilantik menjadi Sheikh Al-Azhar sejak 1996 di Universiti Al-Azhar iaitu pusat pengajian sunnah yang tersohor di dunia Islam.

Ketua Pengarah Jakim Datuk Wan Mohamad Datuk Sheikh Abdul Aziz berkata kematian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar kepada dunia Islam dan ketamadunan kerana Allahyarham merupakan seorang tokoh ulama bertaraf antarabangsa.

“Allahyarham telah banyak memberi sumbangan dalam dunia keilmuan. Jakim khususnya selama ini banyak merujuk kepada pandangan dan pendapat Allahyarham di dalam perkara-perkara berkaitan penyelidikan Islam khususnya bidang kefatwaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata Allahyarham banyak menabur jasa dan sumbangan dalam membantu Malaysia di dalam pendidikan dengan memberi ruang dan peluang pendidikan kepada para pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar.

“Jakim mendapat berita sedih ini melalui pegawai Jakim yang bertugas sebagai Atase Agama di Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah, Abdullah Mat yang memaklumkan Allahyarham kembali ke rahmatullah ketika berada di Riyadh, Arab Saudi atas jemputan kerajaan Arab Saudi untuk menerima anugerah Al-Malik Faisal Antarabangsa,” katanya. — Bernama


petikan:

http://ulamak.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=151:syeikh-tantawi-jauhari-&catid=37:ulamak-tanah-arab&Itemid=89


Syeikh Tantawi Jauhari


Syeikh Tantawi Jauhari Kuasai Bidang Sains

Syeikh Tantawi Jauhari adalah satu nama besar di kalangan para mufassirun (ahli-ahli tafsir al-Quran) khususnya pada abad moden. Ini kerana pendekatan beliau dalam mentafsirkan ayat lebih menjurus kepada ilmu sains moden. Ia menunjukkan bahawa ilmu sains tidak dapat diasingkan daripada al-Quran, atau lebih tepat lagi bahawa sains adalah merujuk kepada al-Quran. Ia bukan sekadar kitab suci yang dibaca dan menceritakan tentang perihal urusan agama, urusan amal ibadat atau akidah semata-mata, tetapi juga rujukan kepada ilmu-ilmu moden. Apatah lagi Mesir yang pernah dijajah oleh Perancis, Inggeris yang berusaha untuk menjauhkan rakyat Negara itu yang berada dalam dilemma khususnya untuk mengintegrasikan antara ilmu duniawi dan ukhrawi. Penjajahan sudah masuk episodnya yang mencemaskan, apabila rakyat diperbodohkan dengan pelbagai tingkah laku yang jauh daripda pegangan Islam sebenar.

Anak-anak yang berkelayakan ketika itu untuk menyambung pelajaran di peringkat lebih tinggi disekat oleh pihak penceroboh bagi memastikan agar ilmu-ilmu agama tidak dipelajari secara bersungguh dan formal. Namun, kegigihan seorang tokoh ilmuan Islam seperti Syeikh Tantawi Jauhari yang tampil untuk menyelamatkan Islam menerusi hasil karyanya dalam bidang tafsir sains, telah membuka mata banyak pihak bahawa dalam suasana tertekan, boleh lahir ilmuan yang mengejutkan dengan penampilan sains yang amat dikagumi.

Justeru, tidak hairanlah mengapa Syeikh Tantawi Jauhari dinobatkan sebagai penerima Hadiah Nobel pertama di kalangan bangsa Arab walaupun beliau tidak sempat melihatnya kerana menemui Allah SWT. Namun, beliau tetap mendapat jolokan di kalangan rakan-rakan seperjuangan sebagai pahlawan Islam dalam bidang ilmu sains.

Mengenali Syeikh Tantawi Jauhari

Syeikh Tantawi dilahirkan di Kampung Kafr Awadullah Hijazi dalam jajahan as-Syarqiyyah pada 1826M/1278H. Beliau berasal dari keluarga yang amat menitik beratkan ilmu pengetahuan. Justeru kampungnya diberi nama sempena datuknya Awadullah Hijazi, sementara ayahnya seorang petani yang gigihbekerja dan tidak memiliki harta benda yang membanggakan keluarganya. Namun Syeikh Tantawi menjadi bijak dalam ilmu hasil dorongan dan sokongan pakciknya. Syeikh Muhammad as-Syalabi yang juga merupakan seorang tokoh ulama ketika itu yang banyak menurunkan ilmunya kepada Syeikh Tantawi.

Mendapat pendidikan awal di tangan beberapa tokoh ulama di kampungnya dengan menghafaz 30 juzuk al-Quran, melanjutkan pelajarannya di peringkat menengah dan pengajian tinggi di Universiti Al-Azhar pada 1877 hingga menguasai ilmu-ilmu Bahasa Arab dengan segala yang berkaitan dengannya, FIqh Mazhab Syafei. Namun, nasib tidak menyebelahinya kerana terpaksa berhenti atas sebab kesihatan ayahnya yang kian meruncing. Beliau terpaksa bekerja di sawah ayahnya bagi menampung keluarga buat jangka masa tertentu.

Walau bagaimanapun Syeikh Tantawi tetap menaruh harapan untuk meneruskan pengajian apabila keadaan pulih seperti sediakala. Dalam kesempatan menguruskan sawah ayahnya, beliau menyimpan seribu cita-cita untuk mengkaji secara mendalam berkenan dengan ilmu-ilmu sains khususnya yang berkaitan dengan bintang, matahari dan cakerawala.

Cita-cita itu ditunaikan oleh pakciknya Syeikh Muhammad as-Syalabi yang tidak mahu anak saudaranya berhenti separuh jalan. Beliau mengusahakan agar anak saudaranya itu dapat menyambung di Madrasah Darul Ulum pada 1889 hingga tamat pada 1894, di situ beliau mempelajari ilmu-ilmu berkenaan dengan ilmu kira-kira, falaq, kimia, kejuruteraan dan ilmu fiqh mazhab Hanafi.

Aktiviti Keilmuan Yang Diceburinya

Setelah menamatkan pengajian di Madrasah Darul Ulum, Syeikh Tantawi ditawarkan untuk menjadi seorang tenaga pengajar di sebuah sekolah di Damanhur, kemudian ditukarkan ke sekolah di an-Nasriyyah di Giza, berpindah pula ke sekolah al-Khodiwiyyah di Darb al-Jamamiz bermula pada 1900 hingga 1910. Semasa mengajar di situ, Syeikh Tantawi mengambil kesempatan untuk memperdalami ilmu Bahasa Inggeris hingga mampu menguasainya dari sudut penulisan dan pertuturan.

Pada 1911, beliau ditawarkan untuk menjadi Nazir, sekali gus menjadi guru yang bertanggungjawab mengajar subjek tafsir al-Quran dan hadis Nabi Muhammad SAW di sekolah lamanya iaitu Madrasah Darul Ulum. Kehebatan pengajarannya dalam bidang tafsir al-Quran dapat dihidu oleh barisan penilai dari Universiti Mesir Lama dan ditawarkan pula untuk mengajar di universiti. Akan tetapi, pencapaiannay itu tidak disenangi oleh Perdana Menteri ketika itu, Mahmud Fahmy an-Naqrasyi yang lebih suka akan seorang guru yang berbangsa Perancis bagi menggantikannya.

Beliau mula mendapat tekanan dan tribulasi, apabila tercetusnya Perang Dunia Pertama pada 1914. Beliau ketika itu mengajar semula di Madrasah Darul Ulum, dikeluarkan oleh penjajah British dan terpaksa berpindah ke Sekolah Menengah Abbasiyyah di Jajahan Iskandariah. Pada 1917, beliau dipanggil semula oleh pihak sekolah al-Khodiwiyyah hingga melepaskan jawaan sebagai guru pada tahun 1922. Selepas itu, Syeikh Tantawi mula mengorak langkah untuk memfokuskan dalam bidang penulisan dan kaedah mentarbiah golongan remaja yang dahagakan ilmu pengetahuan agama.

Nama Syeikh Tantawi semakin bersinar dan semakin disebut-sebutdi kalangan masyarakat Mesir yang sinonim dengan ilmu pengetahuan agama Islam. Beliau disifatkan oleh banyak pihak ketika itu, bukan sahaja sebagai tokoh ulama yang menguasai bidang agama malah juga menguasai ilmu di dalam bidang sains di samping pencapaian beliau dalam menguasai kemahiran berbahasa Inggeris yang sangat banyak membantunya menyiapkan kajian dan penerokaan tentang sains.

Mempelopori Gerakan Pelajar

Dalam kesibukan beliau menyiapkan beberapa hasil karyanya, beliau tidak lupa untuk membangkitkan rasa tanggungjawab pelajar terhadap ajaran agama mereka. Justeru, beliau menubuhkan beberapa persatuan pelajar yang dianggapnya sebagai pemangkin kepada kesedaran umat Islam dalam membela agama Islam. Semasa beliau di Iskandariah, Syeikh Tantawi menubuhkan gerakan pelajar yang diberi nama Persatuan Al-Jauhariah, kemudian menubuhkan Jamaah Ukhuwwah Islamiah yang merangkumi pelajar-pelajar dari Timur Tengah yang bersatu membela Islam.

Tidak cukup dengan itu, Syeikh Tantawi mengasaskan pula Kesatuan Pemuda Islam yang menitik beratkan persoalan kerohanian Islam khususnya di Kaherah dan menjadi anggota Persatuan al-Bir al-Ehsan dan menerajui Persatuan al-Muwasah al-Islamiah dan pernah mengetuai sidang pengarang majalah yang diterbitkan oleh Gerakan Ikhwan Muslimun pada tahun 30-an.

Keilmuan Diiktiraf Oleh Umat Islam

Ketokohan Syeikh Tantawi semakin diyakini oleh umat Islam dari dalam dan luar Mesir, hingga beliau sering diundang untuk membarikan ceramah-ceramah agama khususnya mengenai pendekatan al-Quran tentang sains dari beberapa buah Negara umat Islam seperti India, Malaysia, Singapura, Indonesia dan sebagainya.

Pengalaman menyampaikan ceramah agama di luar negara, memberi inspirasi kepadanya untuk menubuhkan banyak sekolah yang mengajarkan ilmu-ilmu agama dan akademik pada satu masa. Akhirnya beliau berjaya mengasaskan Universiti Tantawi dan sekolah-sekolah Jauhariah sempena diambil daripada namanya dan nama ayahnya.

Dalam bidang penulisan, Syeikh Tantawi banyak menghasilkan kitab ilmiah, yang terbesarnya adalah Tafsir Tantawi Jauhari, az-Zuhrah Fi Nizam al-Alam Wa al-Umam, at-Taj al-Marso' Bi Jawahir al-Quran Wa al-Ulum, Nahdatul Ummah Wa Hayatuna, an-Nizam Wa al-Islam, Jawahir al-Ulum, Aina al-Insan, al-Jawahir Fi Tafsir al-Quran dalam 36 jilid dan lain-lain.

Pada 12 Januari 1940M bersamaan 3 Zulhijjah 1358H, Syeikh Tantawi menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah puluhan tahun berkhidmat untuk meninggikan syiar Islam. Jenazahnya diurus dan disembahyangkan oleh ribuan manusia yang terdiri daripada para alim ulamak serta pembesar-pembesar negara umat Islam dari dalam dan luar Mesir yan datang untuk memberikan penghormatan terakhir.