.jpg)
assalamualaikum wbt..
Pengetua Universiti Al-Azhar meninggal kena serangan jantung
2010/03/11
KAHERAH: Pengetua Universiti Al-Azhar, Sheikh Mohamed Sayed Tantawi dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung ketika dalam lawatan ke Arab Saudi. Beliau berusia 81 tahun.
Penasihat beliau, Abdullah el-Naggar memberitahu televisyen Mesir, Nile News bahawa kematian berkenaan sesuatu yang mengejutkan sambil menyifatkan beliau kelihatan sihat ketika meninggalkan negara itu ke Arab Saudi.
Seorang ahli pegawai di pejabat Tantawi, Ashraf Hassan memberitahu, timbalan Tantawi, Mohamed Wasel akan memangku sementara jawatan pengetua sehingga presiden Mesir melantik seorang ketua baru.
2010/03/11
KAHERAH: Pengetua Universiti Al-Azhar, Sheikh Mohamed Sayed Tantawi dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung ketika dalam lawatan ke Arab Saudi. Beliau berusia 81 tahun.Penasihat beliau, Abdullah el-Naggar memberitahu televisyen Mesir, Nile News bahawa kematian berkenaan sesuatu yang mengejutkan sambil menyifatkan beliau kelihatan sihat ketika meninggalkan negara itu ke Arab Saudi.
Ketika dilantik pada 1996, Tantawi disifatkan sebagai mempunyai pandangan liberal terhadap isu termasuk membabitkan hak wanita tetapi dikritik kerana sentiasa mematuhi kerajaan.
Di pejabat, beliau menentang amalan berkhatan di kalangan wanita yang disifatkan sebagai bukan satu amalan dalam Islam dan berpendirian tegas menentang niqab yang menutup seluruh muka wanita.
Tahun lalu, beliau mengeluarkan larangan niqab di sekolah perempuan di bawah Al-Azhar.
Pihak berkuasa Arab Saudi berkata, Tantawi akan dikebumikan di perkuburan Baqee di Madinah berhampiran dengan makam Nabi Muhammad.
Tantawi yang dilantik oleh Presiden Hosni Mubarak pada Mac 1996, mempunyai pengaruh besar terutama di Mesir walaupun beliau tidak menjalankan tugas menguatkuasa undang-undang.
Pada Januari 2000 ketika perdebatan umum terhadap peraturan yang memudahkan prosedur perceraian bagi wanita di Mesir, Tantawi mengatakan tiada dalam Islam yang melarang wanita daripada menerima perceraian dengan mudah.
Tantawi juga turut menerima banyak kritikan termasuk pertemuan beliau dengan Ketua Pendeta Israel, Yisrael Lau pada 1997 bertujuan untuk mengembalikan hubungan dengan Israel yang ditentang kebanyakan penduduk Mesir walaupun kerajaan mempunyai perjanjian damai dengan Israel pada 1979.
Pada 2008, beliau menerima tekanan daripada ahli politik dan akhbar untuk meletak jawatan berikutan tindakannya berjabat tangan dengan Presiden Israel, Shimon Peres ketika satu persidangan antara agama di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Tantawi turut menyokong proses damai dengan Israel walaupun beliau turut mengutuk serangan radikal Islam terhadap negara Yahudi itu. Pada Mac 1997, beliau menggesa perang suci untuk mengembalikan semula Baitulmaqdis. - AP/Reuters
Pendidikan
1944 belajar di Institut Agama Iskandariah, Mesir. 1968 menjadi pensyarah di fakulti Ausol aideen. 1972 bertugas di Fakulti Bahasa Arab dan Pengajian Islam di Universiti Islam Libya. 1980 pindah ke Universiti Islam Madinah, Arab Saudi. 1985 kembali ke Mesir dan menjadi dekan Ausol Aideen di Institut Agama Iskandariah.
Mufti Besar
Pada 28 Oktober 1986, Tantawi dilantik menjadi Mufti Besar Mesir pada usia 58 tahun. Beliau menjadi mufti besar selama 10 tahun, sehingga 1996. Kemudian menjadi Imam besar Masjid al-Azhar. Kemudian menjadi Syeikh besar Universiti al-Azhar Mesir selepas dilantik Presiden Mesir, Hosni Mubarak pada 27 Mac 1996. Al Azhar adalah institusi penting aliran Sunni Muslim.
Karya
Tantawi menyiapkan 7000 halaman tafsiran al-Quran (Al-quran al-waset) dalam masa 10 tahun. Beliau juga menulis buku Bano Israel (Bani Israel) dan Muamlat Al-bank (Urusan Bank).
Pada 2004, beliau mengetuai solat jenazah ketika pemakaman Yasser Arafat. Beliau menganggap Yasser Arafat sebagai pemnbela Palestin yang berani dan jujur.
Pandangan dan fatwa
- Ketika timbul larangan jilbab di Perancis, fatwa beliau ialah gadis dibenarkan melepaskan jilbab ketika pergi ke sekolah atas prinsip kemungkaran yang lebih kecil.
- Perempuan yang hamil akibat doperkosa dibenarkan menggugurkan kandungan sebelum 120 hari. Mufti Ali Gomaa membantah fawa Tantawi itu. Hanya sebelum 120 hari dibenarkan kandungan digugurkan.
- 1997, Tantawi menentang amalan bayi wanita disunat.
- Tantawi mengutuk bom bunuh diri terhadap Israel.Sebaliknya Yusuf al-Qaradawi membenarkan serangan bunuh diri terhadap Israel. Ektremisme adalah musuh Islam tetapi Jihad dibenarkan untuk membela tanah dan membantu yang tertindas. Jihad dan ektremisme amat berbeza, bagai bumi dengan langit.
- Tantawi menentang wanita menjadi imam Solat Jumaat.
- Tantawi melarang wanita mngambil sperma daripada suami mati.
- Tantawi menyatakan seruan jihad Osama bin Laden tidak sah dan tidak wajib dipatuhi. Membunuh orang awam tak berdosa amat tidak wajar.
Meninggal dunia
Pada 10 Mac 2010, Muhammad Tantawi meninggal dunia di Riyadh, Arab Saudi selepas mengalami serangan sakit jantung di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid. Beliau meninggal dunia pada usia 81 tahun.
Syeikh Mohamed Sayed Tantawi meninggal dunia | |||
|
Syeikh Al-Azhar, Syeikh Mohamed Sayed Tantawi meninggal dunia semasa melakukan lawatan ke Arab Saudi hari ini. Tantawi, 82, meninggal dunia di Riyadh - ibu negara Arab Saudi - selepas mengalami serangan sakit jantung, lapor agensi berita Al-Jazeera. Tantawi banyak memberi sumbangan kepada dunia intelektual Islam dengan menghasilkan buku-buku agama, termasuk 15 jilid kitab tafsir al-Quran. Tantawi dilahirkan pada tahun 1928. Beliau dilantik menjadi Sheikh Al-Azhar sejak 1996 di Universiti Al-Azhar - pusat pengajian sunah yang tersohor di dunia Islam. "Ahli keluarga allahyarham sudah membuat keputusan, Allah sudah memilihnya meninggal dunia di tanah Saudi, maka beliau akan dikebumikan di tanah perkuburan Al-Baqie, di Madinah, tanah suci kedua umat Islam," katanya. petikan :
|