syariah abadan
99 Nama Allah

Demi Masa
Sunday, October 24, 2010
apakah rahsia di sebalik semua ini???
Tuesday, August 24, 2010
Pembuangan Bayi
http://mediakini.com/tag/isu-buang-bayi
Pelbagai cadangan langkah untuk menangani isu ini diutarakan oleh pelbagai pihak..
antaranya...dipetik daripada:
KUALA LUMPUR 22 Ogos - Kerajaan akan mengkaji keberkesanan mewujudkan tabung Asid Deoksiribonukleik (DNA) bagi setiap bayi yang baru dilahirkan dalam menangani kejadian isu pembuangan bayi yang semakin berleluasa pada masa kini.
2) http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Carijalantanganiisubuangbayi/Article/index_html
3)http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/8/15/mstar_berita/20100815165108&sec=mstar_berita
Ahad Ogos 15, 2010
Puteri Umno Sabah Mahu Isu Buang Bayi Ditangani Secara Bersepadu
KOTA KINABALU: Pergerakan Puteri Umno Sabah mahu semua pihak termasuk kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) menangani isu pembuangan bayi secara bersepadu dan berterusan.
Ketuanya Musliati Moslimin berkata puteri Umno negeri memandang serius gelaja itu dan bersedia bekerjasama untuk menyelesaikannya.
"Menunjukkan simpati sahaja tidak cukup...kita patut lakukan ini secara berterusan bagi memastikan fenomena pembuangan bayi tidak berulang," katanya kepada Bernama di sini, Ahad.
Musliati berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat supaya mereka yang membuang bayi sehingga mati disiasat atas tuduhan membunuh.
Beliau berkata Puteri Umno Sabah menyokong agar hukuman berat dikenakan terhadap pesalah yang mempunyai niat membunuh atau cuba untuk membunuh bayi.
Musliati berkata beberapa langkah perlu dititikberat bagi menangani masalah itu termasuk menerapkan nilai-nilai murni dalam mata pelajaran kemahiran hidup di sekolah serta memberi pendidikan dan kesedaran kepada ibu bapa tentang gejala itu. - BERNAMA
4) http://zahirzainudin.blogspot.com/2007/03/pembuangan-bayi-mencari-punca-dan.html
THURSDAY, MARCH 01, 2007
Pembuangan bayi: Mencari punca dan penyelesaian
5) http://peguamsyarie.org/?p=1344
ISU PEMBUANGAN BAYI, APA PENYELESAIANNYA.
Apr 23rd, 2010 | By webmaster | Category: Artikel, Peguam Menulis
Oleh Marlina Amir Hamzah
Sesungguhnya mencegah itu lebih baik daripada mengubat. Menutup jalan maksiat itu lebih baik daripada merawat penyakit yang timbul akibat daripada gejala maksiat yang berlaku.
Firman Allah dalam Surah Al-Israa’ ayat 32 yang bermaksud:
“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk”.
Firman Allah lagi dalam surah An-Nur ayat 30 yang bermaksud:-
“Katalah kepada laki-laki yang beriman: “hendaklah mereka menahan pandangan dan memelihara kehormatan mereka yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka perbuat.”
Firman Allah lagi dalam surah An-Nur ayat 31 yang bermaksud:-
“Dan katalah kepada perempuan-perempuan yang beriman: “hendaklah mereka menahan pandangan dan memelihara kehormatana mereka dan jangan mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahirnya dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju nya dengan tudung kepala mereka…”
Ketiga-tiga ayat di atas merupakan di antara perintah-perintah pencegahan yang turunkan oleh Allah swt sebagai pencipta manusia bagi mencegah manusia daripada penzinaan yang seterusnya membawa kepada kemusnahan hidup di dunia.
Sebelum ini kita sering memperkatakan permasalah seks bebas, pergaulan bebas, minum arak, penagihan dadah, bohsia, bohjan, mat rempit, sumbang mahram , rogol, pencabulan, penderaan anak-anak, keganasan rumah tangga, dan pelbagai lagi permasalahan masyarakat .
Kini kita dikejutkan pula dengan permasalahan pembuangan bayi yang semakin berleluasa sehingga melangkaui daripada norma-norma kemanusia yang tidak dapat diterima akal ianya boleh terjadi di dalam masyakat Malaysia yang terkenal dengan nilai-nilai ketimuran dan ajaran Islam yang menjadi pegangan .
Dalam Persidangan Kependudukan Kebangsaan 2007 satu kajian di Lembah Klang mendapati seorang bayi dibuang setiap 10 hari dan yang lebih membimbangkan kejadian ini tidak hanya berlaku di bandar-bandar besar sebaliknya semakin menular di desa dan luar bandar. Ini jelas terbukti apabila sejak akhir-akhir ini kes-kes pembuangan bayi dilaporkan berlaku di luar bandar.
Menurut Timbalan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Noriah Kasnon sebanyak 304 kes buang bayi telah dilaporkan antara tahun 2004 hingga 2007 yang membabitkan 117 bayi lelaki, 96 bayi perempuan manakala bakinya tidak diketahui jantina kerana mayat reput.
Menurut Statistik Ibu Pejabat Bukit Aman pula sejumlah 50 kes buang bayi dicatatkan sepanjang Januari hingga September 2008 dengan pasangan melayu mencatat jumlah tertinggi iaitu 36%.
Statistik-statistik di atas jelas menunjukkan betapa nazak dan dahsyatnya permasalahan buang bayi yang melanda masyarakat kita saban hari , masa dan ketika yang semakin bertambah.dari hari ke sehari tanpa menunjukkan kadar penurunan.
Pelbagai saranan dan cadangan telah diutarakan oleh pelbagai pihak untuk mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi dan menangani permasalahan ini yang jelas bertentangan nilai-nilai yang ada dalam Islam khasnya dan norma-norma kemanusiaan sejagat amnya.
Di antaranya dengan menubuhkan pusat menerima bayi daripada perbuatan zina, menyediakan rumah perlindungan perempuan mengandung tanpa ikatan perkahwinan dan memberi pendidikan seks kepada pelaja-pelajar. Namun timbul persoalan di sini sejauhmanakah penyelesaian yang dicadangkan mampu membasmi gejala buang bayi secara total.
Berdasarkan statistik Jabatan Pendaftaran Negara sekitar tahun 2000 hingga 2008 terdapat 257,000 kanak-kanak yang didaftarkan tidak mempunyai nama bapa dan yang lebih menyedihkan lagiapabila bagi tahun 1999 hingga 2003 sahaja, 44% anak yang tidak mempunyai nama bapa adalah anak orang Islam iaitu 30,978 daripada 70,430 kanak-kanak yang didaftarkan.
Cuba bayangkan dalam keadaan cadangan-cadangan penyelesaian di atas belum dilaksanakan sepenuhnya telah wujud 257,000 kanak-kanak yang didaftarkan tanpa nama bapa apatah lagi sekiranya cadangan penyelesaian di atas dilaksanakan sepenuhnya, pasti jumlahnya akan menjadisemakin berlipat kali ganda yang seterusnya akan membawa kepada permasalahan yang lain.
Penulis amat tertarik dengan saranan Timbalan Dekan Institut Pemikiran dan Ketamadunan Islam Universiti Antarabangsa Malaysia (UIAM) Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid yang mengatakan “ Jika semua pihak terutamanya kerajaan serius dalam menangani isu pembuangan bayi yang saban hari dilaporkan, tumpuan perlu diberi kepada usaha membersihkan masyarakat daripada sumber-sumber yang mendedahkan mereka kepada faktor yang merosakan nilai murni.”
Satu usaha yang bersepadu haruslah diambil secepat mungkin oleh semua agensi kerajaan termasuk NGO bagi memastikan segala punca kepada masalah pembuangan bayi dapat dikenalpasti dan dihapuskan daripada terus mencengkam masyarakat.
Firman Allah dalm Surah Al-Anfal ayat 20-22 yang bermaksud:-
“Hai orang-orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan Rasulnya dan janganlah kamu berpaling daripadanya, sedang kamu mendengar (perintah-perintahnya dan janganlah kamu menjadi sebagai orang munafik yang berkata “Kami mendegar , pada hal mereka tidak mendengar. Sesungguhnya makhluk bergerak yang bernyawa yang paling buruk disisi Allah ialah orang yang pekak dan tuli ( tidak mendengar atau memahami kebenaran iaitu orang-orang yang tidak mengerti.)
Perlakuan seks bebas, pergaulan bebas, minum arak, penagihan dadah, bohsia, bohjan, mat rempit, sumbang mahram , rogol, pencabulan dan pelbagai lagi permasalahan yang melanda masyarakat wajar dibenteras secara bersepadu dengan berpandukan kepada panduan ilahi bukan hanya berlandaskan akal semata-mata dan penyelesaian jangka pendek yang hanya mengundang masalah selanjutnya yang tidak berkesudahan.
Masalah pembuangan bayi merupakan salah satu natijah buruk yang terhasil akibat daripada pelbagai masalah masyarakat yang melanda.dan kini telah menjadi barah yang semakin merebak di dalam masyarakat kita.
Justeru itu cara yang sewajarnya bagi menangani permasalahan buang bayi adalah membenteras segala punca yang menjadi sebab kepada permasalahan ini. Kepincangan pendidikan, persekitaran, perundangan dan institusi keluarga harus diperbetulkan demi melahirkan masyarakat yang mempunyai nilai-nilai murni yang membawa kepada terlahirnya generasi muda yang mempunyai daya tahan yang tinggi bagi menghadapi pelbagai cabaran yang mendatang di zaman yang serba canggih dan moden ini.
Penulis ialah Penolong Setiausaha Agong Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Sila layarihttp://www.peguamsyarie.org atau email ke sekretariatpgsm@yahoo.com
ARKIB : 29/03/2010
Empat kaedah tangani isu buang bayi
PETALING JAYA 28 Mac – Empat kaedah di bawah Dasar Perlindungan Kanak-Kanak yang terkandung dalam Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu advokasi, pencegahan, sokongan dan penyelidikan akan digunakan untuk menangani isu penderaan kanak-kanak dan buang bayi yang dilaporkan semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, kementerian dengan semua agensi yang terlibat akan mengadakan perbincangan untuk melaksanakan strategi tersebut dalam isu berkenaan.
Menurutnya, advokasi (memberi tumpuan kepada punca pembuangan dan penderaan terhadap kanak-kanak) perlu untuk mengatasi pengabaian, penderaan dan pembuangan kanak-kanak kerana perbuatan tersebut bukan budaya rakyat negara ini.
“Kaedah pencegahan iaitu menangani permasalahan secara saintifik dilakukan dengan bantuan pihak polis, manakala khidmat nasihat dan penyelidikan akan dijalankan dengan bantuan pakar untuk mengetahui secara lebih mendalam bagaimana ia berlaku.
“Diharap empat kaedah utama yang akan diberi penekanan ini dapat dijalankan bersama semua agensi dan individu yang prihatin. Kita mahu perkara ini diselesaikan segera,” jelasnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Utamakan Keluarga: Sehati, Sejiwa Untuk Keluarga di pusat beli-belah Tropicana City Mall anjuran Persatuan Kemajuan Wanita Selangor di sini hari ini.
Pada majlis itu, Shahrizat turut memaklumkan bahawa Tropicana City Mall bersetuju menjadikan Dasar Perlindungan Kanak-Kanak sebagai program angkat bagi menyokong kempen Kami Prihatin anjuran Utusan Malaysia dengan kerjasama kementerian itu, Karyawan dan Astro.
Persetujuan itu menjadikan Tropicana City Mall sebagai pusat beli belah pertama yang bekerjasama dalam kempen itu.
Shahrizat turut menyarankan semua syarikat khususnya yang berkaitan perladangan menjadikan Dasar Perlindungan Kanak-Kanak sebagai program angkat masing-masing.
Menurutnya, langkah itu bagi mempergiatkan lagi usaha kerajaan untuk menangani masalah pembuangan bayi dan masalah sosial terutama di kalangan remaja.
Katanya, menerusi pendekatan itu secara tidak langsung syarikat tersebut akan melaksanakan program- program pencegahan yang lebih tersusun sekali gus dapat mengurangkan beban kerajaan untuk mengatasi semua masalah itu.
‘‘Kita sememangnya mengharapkan supaya syarikat-syarikat contohnya syarikat pengeluaran getah dan estet serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta individu bekerjasama dengan kerajaan serta Utusan Malaysia untuk berkempen dalam mencegah kegiatan jenayah terhadap kanak-kanak menerusi Kami Prihatin.
‘‘Bukan itu sahaja, kita juga meminta supaya semua bangsa tidak kira agama perlu lebih sensitif terhadap masalah ini, jangan sekadar pandang ringan sahaja. Ini perkara serius,” katanya.
Sementara itu, beliau turut mengulas kes terbaru pembuangan bayi yang berlaku di Kampung Melayu Subang, Selangor semalam yang mana seorang bayi lelaki ditemui mati berhampiran sebuah kilang simen dengan keadaan tangannya bercerai daripada badan kerana digigit oleh sekumpulan anjing yang berkeliaran di kawasan berkenaan.
Kata Shahrizat, kejadian yang menimpa bayi itu sangat kejam dan kementerian serta pihak berkuasa tidak akan membiarkan perkara tersebut berleluasa dan akan bertindak secepat mungkin bagi menangani permasalahan tersebut.
7)http://www.kpmu.net/pemuda-bn-cari-pendekatan-baru-tangani-isu-buang-bayi/
Pemuda BN cari pendekatan baru tangani isu buang bayi
KUALA LUMPUR 14 April – Pemuda Barisan Nasional (BN) sedang mencari pendekatan baru bagi menangani isu pembuangan bayi menerusi program Makmal Pemuda BN, kata Pengerusinya Khairy Jamaluddin.
Katanya, kajian makmal itu yang akan berakhir pada bulan Jun ini, terbahagi kepada empat bahagian kajian iaitu mengenai demokrasi dan perpaduan, kos sara hidup dan pekerjaan manakala isu pembuangan bayi pula termasuk di dalam bahagian pendidikan.
“Saya percaya isu pembuangan bayi ini adalah isu bersama dan saya harap kita jangan tutup minda apabila diberi pendekatan-pendekatan tertentu.
“Masyarakat harus sedar bahawa isu buang bayi timbul disebabkan pasangan masih belum bersedia… ini kerana perkara itu jarang berlaku kepada ibu yang sudah berkahwin,” katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu program Hello Malaysia di Bernama TV di sini malam tadi.
Menurutnya, petugas makmal itu terdiri daripada 30 anak muda yang dipilih secara rawak terdiri daripada pelbagai golongan dan taraf hidup dan tidak ada sebarang jawatan dalam mana-mana parti.
“Kita akan bincang dalam “BN Youth Lab” (Makmal Pemuda BN) apa pendekatan kita … tapi saya rasa isu ini berbalik kepada bahagian pendidikan, dengan itu kita nak pastikan bahawa pendedahan diberi kepada anak-anak muda supaya dapat mengelakkan kejadian sebegini daripada terus berlaku,” katanya.
Khairy berkata, ada pendapat yang mengatakan bahawa pengajaran mengenai kesihatan reproduktif hanya memberi pendedahan yang boleh menggalakkan anak-anak untuk mencuba sesuatu yang berunsur seks tetapi masyarakat harus terima hakikat bahawa perkara tersebut sedang berlaku.
Dengan itu, katanya, pendidikan reproduktif itu perlu bagi memberi pemahaman kepada anak muda bukan sekadar pendedahan dari sudut saintifik dan biologi tetapi perlu juga dilihat dari sudut agama dan nilai ketimuran.
Menurut beliau, semua pihak perlu lebih teliti dan prihatin terhadap anak-anak muda di sekeliling mereka.
“Ini adalah isu masyarakat, bukan senang untuk menyembunyikan perubahan kepada masyarakat apabila seseorang itu hamil, terutamanya selepas mencapai tempoh enam bulan kehamilan.
“Jadi guru, ibu bapa dan masyarakat sepatutnya lebih teliti dengan anak-anak muda di sekeliling mereka,” katanya. – BERNAMA
8)
ISU BUANG BAYI – MENGAPA TIDAK KEMBALI KEPADA ISLAM?
Posted on April 15, 2010 by pemudawilayah
KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS PUSAT
ISU BUANG BAYI – MENGAPA TIDAK KEMBALI KEPADA ISLAM?
(15 April 2010)
Isu pembuangan bayi dilihat semakin menjadi barah di dalam Negara Malaysia. Satu demi satu kes buang bayi terus dipaparkan di dada media arus perdana. Berbagai cara dilakukan oleh Kerajaan dalam membendung gejala buang bayi ini. Kempen dan program diatur sehingga menelan belanja jutaan ringgit namun dilihat gagal kearah mencapai objektif sebenar iaitu melahirkan masyarakat yang berakhlak tinggi.
Yang terbaru, Pemuda Barisan Nasional (BN) mencari pendekatan baru dalam menangani isu ini. Menurut Pengerusinya YB Khairy Jamaluddin merangkap Ahli Parlimen Rembau, kajian yang dilakukan di makmal itu dibahagikan kepada 4 bahagian kajian iaitu demokrasi, perpaduan, kos sara hidup dan pendidikan. Beliau berkata ketika muncul di Program Hello Malaysia di Bernama TV malam tadi.
Dewan PEMUDA PAS Pusat (DPPP) berpendapat bahawa masalah ini hanya boleh diselesaikan dengan kembali kepada Islam sepenuhnya dengan maksud melaksanakan dan menguatkuasakan undang-undang yang termaktub di dalam Al Quran.
Apa yang lebih penting adalah penguatkuasaan undang-undang dan penekanan terhadap pendidikan Islam, bukan sekadar menjalankan kajian. DPPP bimbang pendekatan baru ini akan menjadi retorik semata-mata bagi meraih sokongan politik dan dalam masa yang sama gejala ini menjadi semakin parah.
DPPP berpandangan sekiranya pendidikan Islam tidak dititikberatkan selain perlunya ketegasan oleh pihak berkuasa dalam melaksanakan undang-undang, kajian ini pastinya akan menemui jalan buntu dan sudah pastinya wang rakyat hangus dibelanjakan dalam program yang tidak mendatangkan manfaatnya kepada rakyat.
Oleh itu, DPPP menegaskan segala masalah sosial yang berlaku khususnya yang melibatkan isu pembuangan bayi perlu kembali kepada Islam. Hanya Islam sahaja yang dapat menyelesaikan segala masalah.
Jangan hanya melihat kepada kesan atau akibat sesuatu jenayah tetapi apa yang paling penting ialah melihat kepada punca dan dan elemen pencetus . DPPP melihat pergaulan bebas dan zina adalah punca kepada kes buang bayi yang tidak terkawal. Justeru itu pelan penyelesaian pihak berwajib ialah menangani gejala pergaualan bebas dan zina yang kian berleluasa
Kerajaan mesti mengambil langkah nekad dan tegas untuk menutup ruang – ruang maksiat seperti :
A) Kelab malam yang mula bercambah bagai cendawan tumbuh selepas hujan .
B) Aktiviti mungkar yang mendorong pergaulan bebas seperti konsert hiburan yang keterlaluan .
C) Filem (melayu atau barat) yang mendorong rangsangan nafsu syahwah
D) Lambakan bahan bacaan yang tidak bermoral di pasaran terbuka
E) Laman web lucah di Internet
DPPP mendesak supaya kerajaan segera mengambil tindakan berkesan dengan memperkayakan aktiviti bermoral dan sarat dengan didikan agama yang membawa masyarakat menghayati konsep dosa dan pahala seperti :
A) Menganjurkan motivasi hidup beragama secara terbuka kepada generasi muda
B) Memperbanyakkan signboard yang mengingatkan masyarakat kepada agama
C) Menurunkan signboard yang mengeksploitasi tubuh wanita yang menghairahkan
D) Insentif kepada mereka yang menggiatkan aktiviti agama seperti SAR & pendakwah
E) Memperbanyakkan Islamic chanel di TV dan radio serta media cetak
F) Menguatkuasakan undang-undang syariat secara berkesan dan serius
Disediakan oleh
HJ NASRUDIN HASSAN AT TANTAWI
KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT
namun sejauh manakah keberkesanan pelaksanaannya di negara kita pada masa kini..sama-samalah kita mengkajinya...syukran..